> teka tekok 0017




apa akan jadi kalau kita baling batu kapur warna merah ke dalam air laut yang jernih dan masin?



!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan


jawapan


batu tu jadi basah!


> teka tekok 0016



benda ni tak pernah pun tanya soalan tapi kerap kali nak orang jawap, apa benda nya?



!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan



jawapan


telefon

> teka tekok 0015


dalam satu laci ada 27 pasang stokin putih dan 44 pasang stokin hitam, sambil pejam mata, berapa helai stokin yang perlu kita amik untuk pastikan kita dapat sepasang stokin yang sama warna?




!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan


jawapan


tiga helai

> teka tekok 0014




bagi aku makan, aku idup, bagi aku minum, aku mati, sapakah aku!?




!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan


jawapan


api

> teka tekok 0013



seekor kuda diikat dengan tali sepanjang 10 meter tapi kuda tu lapar, rumput yang paling dekat yang buleh dia makan terletak sejauh 20 meter, macammana kuda yang lapar tu buleh makan rumput tu?



!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

jawapan


tali yang sepuluh meter tu cuma ikat kat kuda tu je, tak ikat kat tempat lain pun!

> teka tekok 0012




apa benda yang makin kotor makin putih?



!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

jawapan


papan hitam (hijau?)

> teka tekok 0011




sesetengah bulan ada 30 hari, sesetengah bulan ada 31 hari, berapa bulan yang ada 28 hari?



!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

jawapan


tiap-tiap bulan ada hari ke 28!!

> teka tekok 0010



yang mana satu betul?
18 tambah 19 adalah 36 ke 18 tambah 19 ialah 36?



!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

jawapan


dua-dua salah, 18 tambah 19 ialah 37!

> teka tekok 0009



apa benda yang sebelum kita guna, warna itam,
masa guna warna merah
lepas guna warna dia putih?



!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

jawapan


arang

> teka tekok 0008



luar dia ijau,
dalam sikit putih,
dalam lagi merah,
dalam merah ada hitam kecik-kecik.
ape ye?



!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

jawapan


tembikai

> teka tekok 0007


apa benda yang bila kita nak guna dia kita buang tapi bila tak nak guna kita amik balik?



!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

Jawapan


Sauh kapal


> teka tekok 0006



apa benda yang orang lain kena ambik dulu baru kita buleh dapat?



!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

Jawapan


gambar kita

5. soalan untuk pecinta hewan di luar sana



apesal singa, rimau, cheetah dan buaya suka makan daging fresh?




!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

Jawapan

sebab... diorang ni sume dah tentu la haiwan, mana la diorang reti masak..




4. soalan untuk anak-anak mithali



Mak Joni ada empat orang anak, yang pertama nama dia Sabtu, Sabtu ada adik dan nama dia Ahad, anak yang sorang lagi nama dia Isnin, Isnin lebih tua daripada Ahad dan Ahad bukanlah anak yang paling muda.

soalannya;
apakah nama adik diorang yang sorang lagi?




!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

Jawapan

Mak Joni namanya Katy Perry, maka nama anak yang sorang lagi mestilah Joni!






3. soalan untuk jejaka2 karat



apasal kita tak buleh amik gambar awek kita pakai lipstik merah mahal dia?



!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

Jawapan
mana buleh amik gambar ngan lipstik, amik gambar mestilah dengan kamera!




2. soalan untuk kementerian pengangkutan



4 sekeluarga, ayah, ibu, abang dan adik pegi berkelah di tepi sungai, di seberang sungai ada tempat cantik untuk lepak, sampai kat jeti diorang jumpa satu sampan je dan sampan tu cuma muat untuk satu orang dewasa atau pun 2 orang kanak-kanak. untungnya, kesemua ahli keluarga itu pandai mendayung.

soalannya;
bagaimanakah cara tercepat untuk mereka semua seberangi sungai itu?


!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

Jawapan

- mula-mula bebudak tu gi dulu pastu si abang patah balik dan si bapak gi pulak, bapak tinggal seberang dan si adik patah balik amik abang dia dan diorang berdua gi semula, kemudian si adik tinggal ngan bapak dia dan si abang patah balik lagi, mak diorang gi pulak pastu si mak tinggal ngan bapak dan si adik patah balik amik abang dia dan gi seberang semula pastu semua diorang berkelah lah dengan aman bahagia.






1. khas untuk pelajar geografi

pikir cepat-cepat!

sebuah keretapi letrik sedang bergerak pantas dari arah utara ke selatan, tatkala tiba di tengah-tengah perjalanan, angin tetiba bertiup pantas dari arah barat daya, angin kencang itu bertiup lebih kurang 15 minit dan kemudiannya dituruti dengan hujan renyai-renyai.

soalannya;
ke arah manakah asap keretapi itu bertiup?


!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

Jawapan

- takde asap yang bertiup sebab keretapi tu keretapi letrik!