5. soalan untuk pecinta hewan di luar sana



apesal singa, rimau, cheetah dan buaya suka makan daging fresh?




!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

Jawapan

sebab... diorang ni sume dah tentu la haiwan, mana la diorang reti masak..




4. soalan untuk anak-anak mithali



Mak Joni ada empat orang anak, yang pertama nama dia Sabtu, Sabtu ada adik dan nama dia Ahad, anak yang sorang lagi nama dia Isnin, Isnin lebih tua daripada Ahad dan Ahad bukanlah anak yang paling muda.

soalannya;
apakah nama adik diorang yang sorang lagi?




!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

Jawapan

Mak Joni namanya Katy Perry, maka nama anak yang sorang lagi mestilah Joni!






3. soalan untuk jejaka2 karat



apasal kita tak buleh amik gambar awek kita pakai lipstik merah mahal dia?



!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

Jawapan
mana buleh amik gambar ngan lipstik, amik gambar mestilah dengan kamera!




2. soalan untuk kementerian pengangkutan



4 sekeluarga, ayah, ibu, abang dan adik pegi berkelah di tepi sungai, di seberang sungai ada tempat cantik untuk lepak, sampai kat jeti diorang jumpa satu sampan je dan sampan tu cuma muat untuk satu orang dewasa atau pun 2 orang kanak-kanak. untungnya, kesemua ahli keluarga itu pandai mendayung.

soalannya;
bagaimanakah cara tercepat untuk mereka semua seberangi sungai itu?


!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

Jawapan

- mula-mula bebudak tu gi dulu pastu si abang patah balik dan si bapak gi pulak, bapak tinggal seberang dan si adik patah balik amik abang dia dan diorang berdua gi semula, kemudian si adik tinggal ngan bapak dia dan si abang patah balik lagi, mak diorang gi pulak pastu si mak tinggal ngan bapak dan si adik patah balik amik abang dia dan gi seberang semula pastu semua diorang berkelah lah dengan aman bahagia.






1. khas untuk pelajar geografi

pikir cepat-cepat!

sebuah keretapi letrik sedang bergerak pantas dari arah utara ke selatan, tatkala tiba di tengah-tengah perjalanan, angin tetiba bertiup pantas dari arah barat daya, angin kencang itu bertiup lebih kurang 15 minit dan kemudiannya dituruti dengan hujan renyai-renyai.

soalannya;
ke arah manakah asap keretapi itu bertiup?


!^_^

Select area kat bawah untuk jawapan

Jawapan

- takde asap yang bertiup sebab keretapi tu keretapi letrik!